Rabu, 25 Mei 2011


ARKIB : 05/06/2009

Pos tetap relevandalam era moden


Rasman Ithnain melakukan upacara Pelancaran Perkhidmatan Posmen di Perkampungan Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 4 Jun - Sistem perkhidmatan pos merupakan satu sistem komunikasi yang tertua di dunia tetapi masih relevan walaupun banyak teknologi telekomunikasi moden tercipta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain berkata, peranan perkhidmatan pos dalam dunia moden masih penting namun perlu disesuaikan dengan teknologi moden.

"Sehubungan itu, langkah yang perlu dalam pemodenan perkhidmatan pos ialah dengan mengambil kesempatan daripada kemajuan-kemajuan yang terbaru dalam teknologi pos," katanya semasa melancarkan Perkhidmatan Posmen di Perkampungan Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, di sini baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengurus Pos Malaysia Johor, Jumaat Rebut.

Rasman berkata, perkhidmatan pos juga harus mengambil inisiatif dalam memperbaiki kepantasan dan kecekapan secara menyeluruh dalam kerja-kerja pengendalian mel dan operasi kaunter bagi meningkat imej perkhidmatannya.

Sementara itu, Ketua Peserta Felcara Sungai Ara, Nor Salim Masran berkata, penduduk menyambut baik dan berterima kasih atas perkhidmatan yang diberikan kerana sejak tanah rancangan itu dibuka pada 1975, tiada perkhidmatan itu disediakan di situ.

Menurutnya, sepanjang tempoh lebih 30 tahun itu semua urusan surat menyurat penduduk di situ hanya bergantung kepada wakil pos yang dilantik.

"Dengan adanya posmen yang menghantar surat terus ke rumah, maka kami tidak lagi dibebani dengan masalah yang sering dan terpaksa kami hadapi seperti kelewatan, kehilangan dan sebagainya yang menyebabkan banyak perkara atau makluman penting terlepas dan ketinggalan," katanya.

Ahad, 22 Mei 2011

Warga felcra

13 maut, 3 tertimbus


Mangsa dikenali dengan nama Hairi dibawa ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur, semalam.


HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.

Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.

Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.

Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.

Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang.

Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.

Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Mereka turut dibantu Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah jentolak milik swasta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya dan agensi penyelamat lain mengalami kesukaran mencari mangsa yang tertimbus kerana struktur tanah yang lembut serta bergerak.

Menurut Khalid, pasukan penyelamat terpaksa membuat dua terowong untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.

“Ekoran keadaan hujan, kemungkinan terdapat runtuhan yang akan berlaku di kawasan ini. Saya nasihatkan orang ramai agar tidak datang ke kawasan ini kerana berbahaya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: