Isnin, 20 Februari 2012

Pembaharuan luar bandar tidak boleh terhenti

ARKIB : 19/02/2012

Pembaharuan luar bandar tidak boleh terhenti

KAMPUNG GAJAH 18 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembaharuan untuk kawasan luar bandar di negara ini tidak boleh terhenti setakat apa yang diusahakan oleh pemimpin sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, selain memberi tumpuan kepada kemudahan asas untuk penduduk luar bandar, idea dan sumbangan bernas bagi pembaharuan di kawasan berkenaan turut diperlukan bagi memastikan kejayaan usaha transformasi kerajaan.

Katanya, waris kepimpinan negara perlu melengkapkan agenda pembangunan luar bandar dan tidak boleh menganggap apa yang diwarisi berhenti setakat apa yang ada pada hari ini.

"Kita teruskan dan memantapkan untuk kepentingan dan keselesaan masyarakat luar bandar," katanya pada Perhimpunan Rakyat Parlimen Pasir Salak dan majlis pelancaran Permodalan Felcra Berhad di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan mahu melonjakkan pendapatan masyarakat luar bandar dengan memikirkan untuk mewujudkan nilai tambah, kemasukan teknologi baru serta meluaskan kemudahan perniagaan.

Katanya, Felcra yang mencatatkan rekod dividen sebanyak RM912.95 juta yang dianggap sangat baik membuktikan bahawa agensi seperti itu mampu memberikan kesan positif kepada transformasi luar bandar.

"Ini kejayaan luar biasa kepada Felcra yang membawa perubahan besar kepada masyarakat luar bandar," katanya.

Najib turut melancarkan Permodalan Felcra Berhad dengan dana pelaburan sebanyak RM100 juta.

Beliau juga menyampaikan surat hak milik kepada 10 peserta Felcra Berhad Seberang Perak mewakili 250 peserta secara keseluruhannya. - BERNAMA


FELCRA - PENEROKA TERHIBUR & TERPEDAYA

SATURDAY, FEBRUARY 18, 2012

FELCRA - PENEROKA TERHIBUR & TERPEDAYA


18 Feb. 2012, Kg. Gajah. Perhimpunan Rakyat yang melibatkan tetamu undangan VVVIP PM Dato Najib telah melibatkan satu fenoma perubahan " landskap " yang amat mengharukan dan ianya telah memberikan satu " anjakan paridigma " kepada masyarakat tempatan dan sudah tentu kepada mereka para peneroka Felcra itu sendiri.



album 1

Apa tidaknya, boleh dikatakan setiap jalan dan lorong yang menghala ke Felcra Changkat Lada telah dihias dengan bagitu rupa, dari utara, selatan, barat dan timur, keperluan ini juga mungkin disebabakan di Changkat Lada terletaknya Pejabat Timbalan Pengurus Besar Wilayah Seberang Perak, di sinilah juga ada satu projek yang dijadikan isu oleh anak-anak peneroka - Tapak Perumahan Generasi 2. Laluan-laluan tersebut di rentangan dengan bendera Malaysia serta benner dan bunting yang melambangkan kehebatan PM, dengan di dampingi oleh Menteri Luar Bandar, Menteri Besar Perak dan sudah tentu Ahli Parlimen Pasir Salak itu sendiri.






Album 2

Pemidang-pemidang seperti di atas, terutama yang diatas di letakkan di setiap penjuru dan persimpangan jalan, kalau dikirakan belanjanya sudah tentu ianya menelan belanja yang cukup tinggi, tapi apa yang dapat di perkatakan kerana ianya adalah sambutan untuk PM dan warga Felcra dari seluruh negara - termasuk Sabah dan Sarawak.




Album 3

Khemah - khemah ini cukup luas dan jika ianya kosong ( tanpa meja ) mungkin ianya boleh memuatkan hampir 1000 orang. Setiap khemah di permudahkan dengan persiapan yang sepatutnya dengan lampu neon dan skrin tv litar dan " flywood " untuk pelapik tanah, kerana kawasan ini baru di bubuh pasir. Ada 3 jenis khemah sedemikian serta beberapa khemah lagi untuk tujuan jamuan dan alhamdulillah penganjur juda tidak lupa dengan khemah untuk menunaikan solat.

Pada malam 17 Feb. Dato M. Daud Kilau sempat juga begelek dan bergolek untuk perhatian masyakarat di sini, selain beliau turut sama ialah Inteam, Ali Mamak dan Alyah. Kenapa perlu adanya persembahan seperti itu, apa kata kalau diundang Ustaz Azhar Idrus untuk makanan kerohaniah? Tapi mungkin kepimpinan UMNO, mereka lebih suka kalangan generasi muda di biarkan berhibur dari mengisi dan mempertingkat keimanan. Mungkin bagi mereka mati itu bukan urusan Tuhan.



Album 4

Seperti biasa ruang untuk peninga-peniaga kecil ada di sediakan dan pentas khas untuk berhibur juga tidak ketinggalan, pentas khas ini untuk mengcungkil bakat, dan pada mereka yang bermint untuk mendendangkan nyanyai secara " karoeke " di alu-alukan. Tak cukup dengan hiburan pentas, orang ramai juga dijemput untuk mengalunkan suara. Kemana UMNO nak bawa masyarakat muslim kini?



Album 6 Walau pun negara aman, walau pun kawasan Changkat Lada ini aman dan masyarakatnya hidup dalam kesejahteraan tapi apa bila ada acara yang melibatkan kepimpian pihak berkuasa perlu mengambil ketetapan untuk kawalan polis. 4 buah lori FRU disediakan untuk tujuan tersebut, selain dari itu RELA, PDRM serta pegawal Felcra itu sendiri bersiap sedia untuk menghadapi sebarang tindakan yang tidak diingini.Pada malam 17 Feb. masyarakat Changkat lada Khasnya dan masyarakat sekitar " berpesta " di kawasan ini, dan mereka " lupa " seketika perit maung penghidupan seorang peneroka, mereka bergembira, mereka di lalaikan.

Apakah masyarakat Felcra tahu berapa jumlah belanja yang di gunakan oleh pihak Ibu pejabat untuk tujuan ini? Mungkin tahu, kerana " mulut " orang bukan boleh ditutup, mungkin ada kalangan pegawai dari Felcra itu sendiri yang memecahkan cerita kaitan dengan kos perbelanjaan tersebut. Tapi mereka perlu mendiamkan diri dan membisu.

PM Agih Dividen Peerta Felcra

Usaha bangunan luar bandar mesti diteruskan – PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pembangunan luar bandar tidak harus dihentikan setakat perubahan yang dibawa pemimpin terdahulu.

Sebaliknya katanya, perubahan ini harus diteruskan hingga ke semua peringkat dan kawasan dalam usaha melonjakkan lagi nilai tambah masyarakat luar bandar serta melaksanakan transformasi kerajaan.

” Sebahagian pewaris dan pemimpin terkemudian mesti melengkapkan agenda pemimpin terdahulu dalam melaksanakan pembangunan luar bandar..

” Kita tak boleh anggap apa yang diwarisi sudah lengkap..sebaliknya bila dah jadi pemimpin, apa yang harus dilaksanakan ialah pelan transformasi menyeluruh dan kemudahan luar bandar khusunya cukup dan terbela,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapanyya di hadapan lebih 120,000 rakyat di Majlis Perhimpunan Rakyat Parlimen Pasir Salak dan majlis pelancaran Pemodalan Felcra Berhad di Kampung Gajah, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Rahman dan beberapa menteri kabinet.

Dalam pada itu, Najib turut melancarkan Permodalan Felcra Berhad dengan dana pelaburan sebanyak RM100 juta dan menyampaikan surat hak milik kepada 10 peserta Felcra Berhad Seberang Perak yang mewakili 250 peserta.

Katanya, sehingga kini kerajaan sedang giat merangka pelbagai lagi pelan pembangunan masyarakat luar bandar dalam usaha mewujudkan nilai tambah, kemasukkan teknologi baru dan meluaskan kemudahan perniagaan.

Justeru katanya, Felcra yang telah berjaya mencatatkan rekod dividen sebanyak RM912 juta dianggap sebagai satu pencapaian yang sangat baik yang dilihat dapat membuktikan agensi seperti itu mampu memberikan kesan positif kepada transformasi luar bandar.

” Saya bangga dengan pencapaian luar biasa yang dibawa Felcra ini..ini merupakan satu sejarah besar yang dibawa Felcra kepada masyarakat luar bandar, ” katanya.

Tambah Najib, jika Felcra bergabung bersama badan-badan dan agensi lain dalam usaha mencapai satu matlamat, satu kejayaan yang lebih jauh akan dapat dilihat.

Malah katanya, kerajaan juga tidak takut kepada tohmahan pembangkang yang sering mencari jalan untuk memperlekehkan sebarang usaha yang diusahakan kerajaan.

” Kita tak hairan dengan segala tuduhan yang dilemparkan mengatakan kita akan bankrap dan sebagainya..apa yang penting kita tahu apa yang kita buat itu betul dan untuk kesenangan rakyat.

” Tak ada parti lain yang mempunyai rekod seperti BN dan UMNO yang telah bagi banyak perubahan besar terhadap organisasi negara..saya pasti rakyat sudah bijak membuat pilihan pada pilihanraya umum akan datang , ” katanya.


Isnin, 13 Februari 2012

Felcra akan disaman besar-besaran



25 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) akan memfailkan saman secara besar-besaran terhadap institusi tanah tersebut kerana mendakwa berlaku penyelewengan wang peneroka melalui koperasinya.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, kebanyakan peserta tidak berpuas hati apabila pendapatan mereka dibayar dalam bentuk dividen melalui koperasi Felcra.

Menyifatkan penyelewengan di Felcra sebagai lebih buruk berbanding Felda, Mazlan berkata, beliau menerima aduan bayaran dividen yang dibayar empat kali setahun iaitu setiap tiga bulan terlalu rendah.

"Pendapatan peserta Felcra dibayar secara individu dalam bentuk dividen selepas ditolak kos perladangan. Ada peneroka yang hanya dapat RM200 sahaja untuk masa tiga bulan. Ini sangat rendah," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Apa yang lebih mengejutkan katanya, koperasi Felcra tidak berdaftar dan pengurusan kewangannya tidak pernah diaudit.

"Koperasi Felcra tidak berdaftar jadi bila tak berdaftar, tak pernah diaudit. Ini menyebabkan ia lebih terdedah kepada penyelewengan," katanya.

Menurutnya, koperasi menggunakan duit peneroka untuk membayar kos lawatan kakitangan Felcra ke beberapa tempat, jamuan untuk orang-orang penting (VIP) dan sambutan keraian yang lain.

Beliau berkata, pihak Bapa yang merupakan salah satu NGO di bawah lajnah tersebut bersama panel peguam akan mengkaji samaada pembayaran dalam bentuk dividen perlu dikekalkan atau tidak.

"Panel peguam akan menggerakkan kempen untuk mendesak kerajaan membari pendapatan secara individu, bukan dividen seperti sekarang," katanya.

Menurut Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), aduan yang banyak diterima adalah daripada peserta Felcra di Perak selain Terengganu, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah.

Namun katanya, Felcra mana yang akan memfailkan saman tersebut akan didedahkan pada majlis sambutan hari raya warga Felcra peringkat kebangsaan, 16 September ini di Felcra Changkat Lada, Perak.

"Kita tak akan dedahkan awal sebab takut mereka akan menerima ugutan daripada pihak Felcra," katanya.

Katanya juga, kemenangan Mohamad Ramly Sanji, waris kepada peserta Felcra di Tapah dalam samannya terhadap Felcra Berhad baru-baru ini memberi semangat kepada peserta yang lain untuk memfailkan saman yang berikutnya.

Mohamad Ramly Sanji menang dalam samannya terhadap Felcra Berhad yang didakwa menceroboh tanah milik ibunya.

Mahkamah Tinggi Ipoh melalui Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Dr Hassan Abd Rahman yang memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat oleh Felcra dengan ibu plaintif sebelum ini tidak sah.

Sehubungan itu pihak Felcra diarah membayar ganti rugi kepada plaintif dan kos tindakan itu akan ditaksirkan mahkamah.

Selain itu Hakim juga mengeluarkan perintah injuksi yang menetapkan bahawa pihak Felcra perlu mengosongkan tanah tersebut dalam masa 30 hari dan segala kos pengosongan itu perlu ditanggung pihak Felcra.

Plaintif menfailkan saman berkenaan pada 2008 selepas mendapati pihak defenden iaitu Felcra Berhad melakukan pencerobohan ke atas tanah seluas dua hektar dijalan Kacu Tapah, yang dibangunkan atas tujuan tanaman kelapa sawit.

harakahdaily/-

PESERTA FELCRA TERIMA DIVIDEN RM839 JUTA

Peserta Felcra terima dividen RM839j
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR dan AIN SAFRE BIDINpengarang@utusan.com.my
PASIR SALAK 12 Feb. - Seramai 94,000 peserta Felcra di seluruh negara bakal menerima durian runtuh apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan dividen sebanyak RM914 juta di sini Sabtu ini.
Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, pengumuman tersebut akan dibuat sempena Perhimpunan Rakyat dan Peserta Felcra Peringkat Kebangsaan yang dijangka dihadiri seramai 50,000 orang.
"Daripada jumlah dividen tersebut, RM839 juta adalah untuk peserta Felcra sementara yang selebihnya akan diagihkan kepada peserta Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
"Terdapat 7,000 peserta PPRT di seluruh negara yang kita bantu setiap bulan sejak bertahun-tahun lamanya iaitu bantuan bulanan sebanyak RM250 sebulan," katanya selepas meninjau persiapan perhimpunan tersebut di Tapak Perumahan Generasi Kedua Felcra Berhad Seberang Perak, Changkat Lada dekat sini hari ini.
Hadir sama Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Perak, Mat Roni Zakaria.
Sementara itu Tajuddin berkata, Felcra akan mewujudkan dana pelaburan yang diuruskan oleh syarikat Pelaburan Felcra Berhad dengan suntikan awal sebanyak RM100 juta.
Beliau berkata, dana pelaburan itu adalah inisiatif baru bagi mengurangkan kebergantungan terhadap hasil ladang oleh peserta Felcra kerana hasil sektor itu yang semakin terhad ekoran masalah kekurangan tanah.
Tajuddin memberitahu, dana tersebut diuruskan oleh lembaga amanah yang profesional dan Felcra menggalakkan peserta untuk menabung dalam dana pelaburan berkenaan.
"Kami jangka kalau peserta melabur, Felcra pun melabur. Kita boleh wujudkan dana hingga RM500 juta dalam tempoh tiga atau tempat tahun. Jumlah itu membolehkan kita melakukan pelbagai pelaburan dan beri pulangan kepada syarikat dan peserta," katanya.
Selain itu katanya, Felcra juga akan menubuhkan Kolej Felcra di Seberang Perak bagi membangunkan modal insan daripada kalangan generasi Felcra.