Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pembangunan luar bandar tidak harus dihentikan setakat perubahan yang dibawa pemimpin terdahulu.
Sebaliknya katanya, perubahan ini harus diteruskan hingga ke semua peringkat dan kawasan dalam usaha melonjakkan lagi nilai tambah masyarakat luar bandar serta melaksanakan transformasi kerajaan.
” Sebahagian pewaris dan pemimpin terkemudian mesti melengkapkan agenda pemimpin terdahulu dalam melaksanakan pembangunan luar bandar..
” Kita tak boleh anggap apa yang diwarisi sudah lengkap..sebaliknya bila dah jadi pemimpin, apa yang harus dilaksanakan ialah pelan transformasi menyeluruh dan kemudahan luar bandar khusunya cukup dan terbela,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapanyya di hadapan lebih 120,000 rakyat di Majlis Perhimpunan Rakyat Parlimen Pasir Salak dan majlis pelancaran Pemodalan Felcra Berhad di Kampung Gajah, malam tadi.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Rahman dan beberapa menteri kabinet.
Dalam pada itu, Najib turut melancarkan Permodalan Felcra Berhad dengan dana pelaburan sebanyak RM100 juta dan menyampaikan surat hak milik kepada 10 peserta Felcra Berhad Seberang Perak yang mewakili 250 peserta.
Katanya, sehingga kini kerajaan sedang giat merangka pelbagai lagi pelan pembangunan masyarakat luar bandar dalam usaha mewujudkan nilai tambah, kemasukkan teknologi baru dan meluaskan kemudahan perniagaan.
Justeru katanya, Felcra yang telah berjaya mencatatkan rekod dividen sebanyak RM912 juta dianggap sebagai satu pencapaian yang sangat baik yang dilihat dapat membuktikan agensi seperti itu mampu memberikan kesan positif kepada transformasi luar bandar.
” Saya bangga dengan pencapaian luar biasa yang dibawa Felcra ini..ini merupakan satu sejarah besar yang dibawa Felcra kepada masyarakat luar bandar, ” katanya.
Tambah Najib, jika Felcra bergabung bersama badan-badan dan agensi lain dalam usaha mencapai satu matlamat, satu kejayaan yang lebih jauh akan dapat dilihat.
Malah katanya, kerajaan juga tidak takut kepada tohmahan pembangkang yang sering mencari jalan untuk memperlekehkan sebarang usaha yang diusahakan kerajaan.
” Kita tak hairan dengan segala tuduhan yang dilemparkan mengatakan kita akan bankrap dan sebagainya..apa yang penting kita tahu apa yang kita buat itu betul dan untuk kesenangan rakyat.
” Tak ada parti lain yang mempunyai rekod seperti BN dan UMNO yang telah bagi banyak perubahan besar terhadap organisasi negara..saya pasti rakyat sudah bijak membuat pilihan pada pilihanraya umum akan datang , ” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan