Oleh JOHARI JAAFAR
SEBERANG PERAK: Program
Bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang dihadiri oleh
peserta Felcra seluruh negara di Seberang Perak pada 18 Februari lalu
dikatakan telah menggunakan wang Felcra berjumah RM10 juta. Dakwaan itu dinyatakan oleh Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa), Razman Zakaria
Beliau mendapat maklumat kira-kira 50,000 peneroka Felcra seluruh
negara diminta hadir ke program tersebut dengan menyediakan
pengangkutan secara percuma serta diberikan wang saku antara RM50 ke
RM150 seorang berdasarkan jarak tempat kediaman mereka.
“Peserta Felcra dari Perlis dikatakan mendapat duit saku sebanyak RM130 seorang,” ujarnya.
Di samping itu kos penyediaan makananan dikatakan melibatkan RM20 ke
RM30 seorang, jelas sekali kos penyediaannya makanan perbelanjaan yang
besar sedangkan wang sebanyak itu boleh digunakan untuk tujuan bagi
kebaikan peneroka.
“Cuba kita anggarkan peruntukan makanan untuk 50,000 peserta Felcra
de ngan kos antara RM20 ke RM 30 seorang, berapa banyak wang Felcra
telah dihabiskan,” ujarnya.
Kedatangan Perdana Menteri ke kawasan itu dalam lingkungan dua jam
sahaja tetapi wang Felcra telah ‘hangus’ RM10 juta, ini satu pembaziran
wang Felcra demi kepentingan politik Umno, dakwanya.
Menurut beliau lagi, sebelum ini Felcra telah mengambil tanah orang
kampung yang berupaya mengusahakannya dengan satu perjanjian yang tuan
tanah tidak mengetahui isi perjanjian tersebut. “Setelah tamat
perjanjian selama 15 tahun, tuan tanah atau peneroka tidak diberi
pilihan sama ada mahu kekal di bawah Felcra atau keluar dan
mengusahakan tanah tersebut sendiri,” ujar beliau lagi.
Beliau turut mendakwa hasil tanah yang diusahakan oleh Felcra
terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pihak lain malah agihan
keuntungan antara tuan tanah atau peserta dengan Felcra tidak
dinyatakan dengan jelas, sama ada 70 peratus untuk peneroka dan 30
untuk Felcara atau 70 peratus untuk Felcra dan 30 peratus untuk untuk
tuan tanah.
“Apa yang dikesalkan oleh peneroka semua kos dibebankan ke atas tuan tanah,” katanya.
Peneroka atau peserta Felcra yang menjadi tuan tanah juga tidak
mempunyai kuasa ke atas tanah tersebut setelah perjanjian tamat, mereka
tidak boleh keluar dan mengusahakan tanah itu sendiri.
“Memang peneroka boleh keluar dari Felcra bila perjanjian tamat
dengan syarat hutang mereka selesai, tetapi masalahnya hutang mereka
tidak pernah habis,” katanya.
Jika ada yang bertindak mahu keluar dari Felcra dan mengusahaan
sendiri, Felcra akan bertindak dan mengheret peneroka itu ke mahkamah,
inilah yang berlaku kepada 100 orang peserta tanah Felcra Nasarudin
Bota yang disaman oleh Fecra pada 28 Februari ini di Mahkamah Tinggi
Ipoh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan