Felcra agih dividen RM107j RM1,902.33Oleh Sukhairi Abd Thani sukhairi@bharian.com.my2010/09/03Pemberian awal pertama sempena Ramadan kepada 80,350 peserta KUALA LUMPUR: Felcra Berhad mengumumkan pemberian dividen awal pertama berjumlah RM107 juta kepada 80,350 pesertanya pada bulan ini sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata purata agihan setiap peserta adalah sebanyak RM1,902.33, namun ada peserta menerima agihan dividen yang lebih tinggi berikutan memiliki pegangan saham tanah yang lebih luas. “Kali ini kita akan laksanakan pengagihan dividen empat kali setahun dan bersempena Ramadan ini, kita akan agihkan sejumlah RM107 juta untuk meringankan bebanan peneroka di seluruh negara di bawah naungan Felcra. “Sebagai contoh, peserta projek Paya Tok Akil di Perlis akan mendapat dividen sebanyak RM14,228.66 seorang, manakala projek koperasi Sungai Kelayak, Sabah yang mana pesertanya menerima RM11,199.43 seorang,” katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa Felcra dan penyampaian sumbangan korporat untuk anak yatim di sini, semalam. Shafie berkata, jumlah dividen awal pertama tahun ini meningkat 33.58 peratus berbanding kira-kira RM71 juta pada tahun lalu. Katanya, peningkatan dividen itu disumbangkan beberapa faktor, pertamanya harga komoditi getah dan kelapa sawit yang agak stabil dan meningkat, keduanya peningkatan produktiviti dan ketiga pengurusan Felcra berjalan dengan lancar.
Isnin, 25 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan