KOTA TINGGI – Masalah air yang membelenggu penduduk Felcra Sungai Ara di sini hampir menemui penyelesaian apabila pam air yang rosak hampir dua minggu lalu akan siap dibaik puluh dalam masa terdekat.
Pengurus Kawasan Felcra Gugusan Sungai Ara Berhad, Arshad Mohamad berkata, berda�sarkan maklumat daripada pihak teknikal, mesin pam yang rosak itu telah dibaik pulih dan berkemungkinan besar akan siap dalam masa terdekat.
“Mesin pam air telah dihantar ke bengkel dan pihak teknikal telah memaklumkan bahawa ianya hampir siap diperbaiki dalam masa terdekat manakala satu lagi mesin pam air sedang dalam proses tempahan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Arshad, penduduk tidak perlu bimbang mengenai kos bagi membaik pulih dan membeli mesin pam air tersebut kerana pihaknya akan bertanggungjawab dan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
“Pihak Felcra dan KPLB akan bertanggung jawab ke atas bayaran pembaikan dan belian mesin pam air tersebut, jadi penduduk usah khuatir kerana tiada sebarang pembayaran diminta untuk tujuan itu,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Mat Arif berkata, pihaknya dan Felcra turut berusaha gigih menangani masalah yang telah lama menimpa penduduk di situ.
“Dalam memastikan kebajikan masyarakat terjaga, saya dan pihak Felcra berusaha bagi mendapatkan peruntukan membaik dan membeli mesin pam air supaya penduduk tidak dibebani masalah air.
“Namun, saya berharap penduduk dapat bersabar kerana proses tersebut memakan masa berikutan kerja-kerja membaik pulih tidak dapat dibuat dalam masa sehari dua, namun kita cuba menyelesaikan masalah dalam tempoh segera,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Koperasi Perladangan Sungai Ara Berhad, Sapiai Mohamad, 54, berkata, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas masalah yang melanda penduduk namun dia meminta agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera demi kerukunan penduduk.
“Sebagai penduduk di sini kita tidak perlu menuding jari pada mana-mana pihak tetapi apa yang perlu dilakukan adalah berdoa dan meminta pihak bertanggungjawab membantu mengatasi masalah air pada kadar segera supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan