Menurut Pengerusi Felcra Berhad, Dato’ Nasaruddin Hashim, peningkatan ini didorong harga kelapa sawit yang agak tinggi dan stabil, di samping usaha proaktif Felcra meningkatkan hasil ladang peserta.
“Walaupun menanggung kos pengurusan yang tinggi terutama berkaitan pembelian baja kimia untuk tanaman ladang, produktiviti peserta Felcra tetap berada pada tahap yang baik,” katanya pada majlis pengagihan dividen peserta 2007 Felcra Berhad Wilayah Johor, di sini kelmarin
Dividen disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, kepada 10 wakil peserta mewakili setiap daerah.
Sebanyak RM15.5 juta diagihkan kepada 2,366 peserta dari Kluang, Segamat RM9.3 juta (2,160), Kota Tinggi RM8.5 juta (1,501), Mersing RM5.4 juta (1,242) dan Batu Pahat RM2.7 juta (244).
Bagi daerah Muar pula, RM1.9 juta diagihkan kepada 315 peserta, Ledang RM901,649 (360), Kulaijaya RM623,613 (78), Pontian RM380,318 (296) dan Johor Bahru RM170,251 (74).
Turut hadir, Speaker Dewan Negeri, Dato’ Mohd Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Latiff Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md Ariff dan beberapa ahli majlis mesyuarat kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan